Pakcik suko main masak-masak. Tapi resepi lain buleh gak nak lotak kat sini, contoh eh teknikal info, rahsia-rahsia ilmu batin .. hek hek hek. Sesapo yang ado nak kongsi resepi dongan pakcik, buleh la kirimkan resepi tu melalui email: pencari-akar@diaryland.com
1. Sambal Merah Tempe (Jawa) [Courtesy of Hati_Emas]
++Hidangan utk 2 orang
Resepi ni aku tak tau ambil darimana. Oleh kerana aku dah selalu makan, baik mak aku masak atau arwah nenek masak. So aku tak pernah tanya diorang camne nak buat. Aku cuba kat US ni, jadi pulak. Credit gak utk diorang sebab masakkan aku sedap-sedap.
+ 2 bungkus tempe(digoreng tanpa campuran garam atau rempah, dihiris nipis-nipis).
+ segenggam lada kering (dibuang isi, direndam dengan air panas)
+ 2 biji shallots(bawang merah kecil)
+ 1 ulas bawang putih(garlic)
+ 1 inci serai(lemon grass)
+ sedikit ikan bilis halus atau udang kering
+ garam gula MSG(ajinomoto)
||Caranya: ++ Kisar semua bahan selain tempe sehingga halus. Tumis macam buat sambal tumis. Masukkan garam dan gula, or sapa yang prefer MSG tu masukkan jugak. Lepas semua dah naik harum, tambah sedikit air pada masakan. Agak-agak ada kuah untuk selaputi tempe nanti. Dah ok, masukkan tempe goreng yang telah dihiris nipis. Tadaaaaa .. cam tu jek sambal aku. Selamat makan, BISMILLAH
2. Thai Cucumber Salad + Shrimp (Salad Timun + Udang ala Thai [Courtesy of Hati_Emas]
++Hidangan utk 2 orang
-3/4 btg timun [diracik-ala camne nak cakap, racik panjang2 jadi macam mee tu la]
-1 biji tomato [sliced]
-bawang merah (besar- dihiris nipis-nipis)
-cilantro (daun ketumbar) [potong halus2]
-green onion (daun bawang) bukan cik daun tu .. hehehe
-udang kecik (segenggam cukuplaa -lopeh tu robus(rebus))
-jus limau purut
-garam(atau Fish Sauce) + gula + MSG(Ajinomoto)
.::Caro nak buek: Dah potong semuo tu, campurkan udang dongan sayur2 tu dalam bokeh yg bosa, gaul jgn tak gaul, mangkuk ko baldi ko besen, apo2 laa .. lopeh tu .. tambah garam ngan gulo ngan MSG(ajinomoto) secukup raso, last skali, curah jus limau, kasik masam manis raso dio, kalau nak podeh(pedas) gaulkan dongan cili padi tu, tumbuk dulu cili tu lagi bagus .. serve la kat dalam pinggan yg cantik, nampak cantik .. raso tak sodap tak po, makan dongan nasik atau sedap dimakan begitu saja ohhh gardenia .. hahahaha ... selamat mencubo
3. Hilangkan pop-up banner/windows
Yang ni resepi bukan masak. Tapi resepi teknikal yang orang semuo suko, sobab
eh, tau la kito ni suko bondo-bondo free, then kat dalam internet ni, kalo bondo
free, pasti kono ado sponsor. [http://www.analogx.com/contents/download/network/pow.htm]
Blaja la kat site ni, lopeh tu download program dio (Namo eh POW!). Tips pakcik,
lopeh install program ni, poie kat Start then click poie kat Taskbar and Start
Menu. Dari situ masukkan program ni dalam Startup directory, tujuan eh bilo
komputer startup, program ni akan startup automatically. Secara default program
ni akan hilangkan banner seperti Tripod, geocities dan ado sket banner yg glemer,
kalau ekau nak tambah lagi .. blaja la camno nak tambah. Pandai-pandailah yo.
Yg ni free software. Toksah risau.
4. Tom Yum Udang [Courtesy of Hati_Emas]
++Hidangan untuk 2 orang.
-Udang 6-7 ekor [tak kirolah buang kulit tak buang kulit]
-satu btg serai (lemon grass) [dipotong satu inci]
-daun limau purut
-lengkuas (galangal) [sehiris]
-cendawan straw/button
-sebiji tomato [potong bentuk kiub]
-bawang besar [sliced]
-daun bawang (green onion)
-daun ketumbar (cilantro)
-jus limau purut
-cili padi [ditumbuk]
-garam (atau sesapo yg suko fish sauce-mmg dah masin dah sos ikan ni product
of Thailand) & gula
.::Caranya: Masukkan semua sekali, kecuali (daun bawang, daun ketumbar,
jus limau purut, cili padi, garam & gulo-akhir sekali) ke dalam periuk air
mendidih. Lopeh masak udang tu, padam la api. Campakkan la kesemuo bahan yg
tinggal, jus limau tu ikut suko la, camno ekau nak raso masam eh, gulo ngan
garam tu secukup raso la. Tips org thailand utk lagi sodap, bubuh MSG/Ajinomoto.
[daun bawang & cilantro dihiris halus-halus-sebagai pengharum dan jugo decoration]
::::Nasihat: Kalau guno fish sauce, jgn tuang garam. Sobab eh fish sauce
tu mmg substitute garam bagi org Thai